Monday, August 16, 2010

Tak ADa MaNUsia yG SeMpurNA....

tajuk ni mmg agak familiar sgt ngn kita... sy slalu dgr org sebut ayat ni.. nak nak lagi kalau ada kesilapan atau takdir buruk yg menimpa org tuh... penah skali sy trdengar dua org makhluk tuhan ni bercerita dalam bas.. dua org ni duk blakang kerusi sy.. saya terdengar ek.. bukan curi2 dengar... hehehe

bdk dua org ni bercerita psl seorg kwn dorg... sy gelarkan kwn die ni sbg polan... menurut cerita mereka.. si polan nih slalu sgt menyakitkan hati org dgn mmbuat kesilapan yg x patut dibuat.. slalunya si polan tak kan fikir dlu sebelum buat sesuatu tindakan.. penah skali si polan ni mggunakan nama seorg pensyarah tuk mendapatkan kelulusan utk tidak hadir dlm aktiviti2 uni yg wajib utk semua pelajar kat sne... yg tak tahan nya bukan skali tp banyak kali... die tak fikir ke apa yg akan berlaku kalau dekan dpt tau...??

nk dijadikan cerita, mmg betul lah sangkaan sy.. pensyarah tu dipanggil oleh dekan selepas beberapa org pelajar mengadu pd pihak pentadbiran.. kalau ikutkan prkara ni tak ada lah besar sgt... tp yg menjadi perhatian sy ialah bila bdak tu dengan selambanya buat-buat cm tak ada bnde yg berlaku.. siap dia keluarkan ayat penyesalan yg tak boleh blah ... "nk buat cmne aku bkn nya sengaja, aku mne tau nk jd cmni. ya la, pensyarah tu pn ckp dia tak kisah aku guna nama dia" "dia tak ckp pn tak bole gna banyak kali" bila ditanya knapa dia sggup wat cmni... si polan dgn selamba mnjawab.. "sori la aku tak tau...aku tau aku silap... setiap manusia buat kesilapan kan.. tak ada mnusia dilahirkan sempurna tnpa buat satu kesilapan pn..kan" ishhhh menyirap jgak mndgr nya.. mcm nk je sy menyampuk ckp dorg.. nsib baik bley control...

apa yg bole sy simpulkan.. memang setiap manusia tidak sempurna dan tak ada manusia ats muka bumi ni dlahirkan sempurna... tp ketidaksempurnaan ni tak bermaksud kita di beri kuasa utk melakukan kesilapan yg tak masuk akal dan mengulanginya banyak2 kali... ketidaksempurnaan ni boleh ditutup jikalau kita mggunakan akal fikiran kita secara waras.. dalam erti kata lain.. fikir dulu sebelum buat..!!!

Untuk kawan-kawan diluar sana... jgn tiru cara si polan nih.. kalau semua org mcm dia nih... alamat nya mmg tak ke mana lah kita... asik berada di tmpat yg sama shj.. kpd yg mengenali sy.. jgn sesekali cuba menggunakan perkataan nih depan saya.. sbb sy tak suka org yg ambil mudah perkara di sekeliling... akhir kata dr saya..

"Org yg bodoh adalah org yang melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali tanpa mmbetulkannya"

"Ketidaksempurnaan seseorg itu bukan suatu alasan untuk hidup dalam kemunduran"

Saturday, August 14, 2010

KaWan... DuLU, KiNI dAN SeLAmANYa

Hmm KAWAN..?? apa yg sbenarnya dimaksudkan dgn istilah KAWAN..?? apa yg boleh sy tafsirkan ialah teman yg kita perlukan tdk kiralah sme ade waktu ssh @ snang.. sebagai lumrah hidup, kawan dtg dn pergi.. tidak kiralah apa alasan pun... sama ada dsbbkan konflik dlm persahabatan atau kehendak sampingan spt kita trpaksa berpindah ke mana2.. atau kwn yg meninggalkan kita... huuu :-)

Seringkali kita mndengar org berkata, "Kawan bergelak senang dicari, Kawan bersedih ssh utk dimiliki".. apa yg cuba disampaikan  di sini, dalam ramai2 kawan yg hadir dlm hidup kita kini, bukannya semua yg boleh dijdkan teman sejati a.k.a bestfren... ada yg singgah sekadar ingin mnjadikan kita teman di kala duka.. ada yang singgah hanya sekadar memenuhi syarat utk hidup, iaitu kenal seramai mgkin org.. huhuhu kelakar jugak kalau di fikir2 kan...

Tetapi kehadiran org2 spt ini kdg2 boleh mmbhagiakan kita bukan..?? mcm mne tu agaknya ek..?? bayangkan anda berada di suatu tmpat yg baru.. tiada siapa pn yg anda knal atau yg mengenali anda... of coz lah anda mmerlukan teman bukan...?? mereka2 yg spt inilah yg boleh menilai siapa diri kita.. ya lah.. mana ada org ats muka bumi ini yg suka2 dtg kpd ssorg dn bertegur sapa tanpa melihat secara mendalam org spt apakah kita ni... maksud sy ekspresi dan perwatakan kita itu yg menentukan sberapa cepat rakan yg kita boleh dpt dlm masa singkat... jkalau anda seorg yg bermuka bengis, sdh tentu ssh sedikit utk mndapat rakan baru dlm masa singkat... jd apa yg anda perlu buat ialah SENYUMMMM...!! hahahaha

Okay.. berbalik persoalan td.. apa gunanya ada kwn yg singgah skejap2 nih..?? jwpn die.. kita trase yg kita ni amat diperlukan...tu jer...hehehe sbenarnya diorg ni bukan teruk sgt... sbbnya, dorg bukan buang terus kita waktu dorg senang.. cuma dilupakan seketika jer.. hahaha ayat mcm nk sedapkan hati sendri jer.. :p  ye lah.. bila dorg senang of coz la dorg akan crita jgak kat kita... malah ada yg siap blanje makan or kluar shopping lg.. kan best tuh... huhuhu ~~ :D tp yg x best yer bila kita sedih.. ntah mne die pergi... tak ke kesian kat kita nih... dan kita yg kesepiaan ni pn mmbawa diri mncari insan lain yg sudi mndengar... huhuu sedey yer :'( .... mcm tu ke yg spatutnya..?? tepuk dada, tanya diri.. kita nk jd seorg kwn yg baik yg sentiasa dikenang rakan... atau mnjd seorg kawan yg hanya ingat kawan ketika susah shj...??

So.. jln penyelesaian die ialah...snang jer... kita klasifikasikan lah rakan2 kita.. kita nilai mereka mcm ni.. klu group nih.. hanya hadir ketika dorg ssh shj.. jgn buang mereka...tp teruskan berkawan... sbb mereka ni lah yg mencerminkan yg kita ini seorg yang amat disenangi kawan... utk satu lagi group.. tentulah tmpat kita berkongsi suka dan duka bersama mereka... mereka inilah yg dipanggil bestfriend..!!! heee :D jgn tgglkan mereka ketika mereka sedih.. dan jgn hanya mencari mereka hanya ketika kita sedih... bak kata omputih.. "while we are accepting anything from friend, we also have to learn to give something good to them"... hmm speaking plak... hehehe akhir kata drpd saya... KaWan... DuLU, KiNI dAN SeLAmANYa..!!!

Bila kita dah jumpa kawan yg terbaik, jgn cuba bentuk mereka menjadi seperti yg kita mahukan...
   Sahabat sejati hanya hadir dengan ketentuanNya, bukan secara keterpaksaan...


Friday, June 11, 2010

IPTA ke IPTS???

Kalau diikutkan keputusan SPM memang dah lama keluar.  Waktu ni lah ramai pelajar lepasan SPM yang sibuk semak status keputusan kemasukan ke IPTA. Kalau bernasib baik, dapat lah merasa belajar di IPTA. Kalau tidak, terpaksalah terima tawaran ke IPTS. Bagi pelajar yang tak ambil kisah sangat nk ke IPTA atau IPTS, ia tidak menjadi masalah. Terima sahaja yang mana-mana, asalkan boleh belajar. Tetapi, apa pula ceritanya bagi pelajar yang betul-betul berharap dapat masuk ke IPTA. Sampai sanggup telefon berkali-kali ke pejabat universiti pilihan. Semata-mata ingin bertanya kenapa tidak terpilih, apa yang silapnya, dan ada pula yang sanggup merayu maraih simpati pegawai di sana. Mereka bagaikan putus harapan. Sanggup tunggu hingga tawaran kedua dibuka. Hmmmm....pelik bukan? tapi inilah hakikatnya.

Cuba anda fikir fikir kan semula. Di mana salahnya? Salah pelajar yang terlampau berharap atau salah pelajar dan ibu bapa yang terlampau memilih? Jikalau dilihat pada sejarah, sememangnya pada 10 ke 20 tahun lepas IPTA menjadi pilihan utama pelajar dan ibu bapa. Ini disebabkan IPTA adalah satu-satunya jalan terbaik untuk meneruskan pelajaran dan membina masa depan yang lebih cerah. Lebih-lebih lagi IPTA memberikan kemudahan pembelajaran yang lengkap. Dewan kuliah yang cukup besar, perpustakaan yang mempunyai buku-buku dan risalah-risalah yang lengkap untuk setiap kos yang ditawarkan, kemudahan teknologi yang cukup lengkap, dan apa sahaja lah. Dalam erti kata lain, semuanya ada. Pensyarahnya juga bagus-bagus. Semuanya memegang  ijazah sarjana muda dan ke atas. Memang hebat..!! Sebab inilah juga ramai graduan yang lulus dengan cemerlang pada ketika itu.

Itu cerita 10 ke 20 tahun dahulu. Sekarang bagaimana?? Adakah sehebat dahulu atau sudah tidak terlawan lagi?? Sekarang dah berlambak IPTS yang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dan boleh dikatakan juga jumlahnya lebih banyak berbanding IPTA. Dah boleh tampung semua pelajar lepasan SPM tiap-tiap tahun. Persoalannya, kenapa masih ada pelajar yang dilaporkan tercicir?

Antara sebab yang paling kerap dilafazkan ialah kos pengajian yang mahal dan takut kemungkinan kolej tersebut tiada kelulusan akreditasi MQA(yang dahulu dikenali sebagai LAN). Malahan baru semalam (10 June) saya mendengar berita di siaran TV3 melaporkan hanya 78 buah kolej yang mendapat kelulusan MQA. Yang berpuluh-puluh lagi tu bagaimana? Inilah yang menjadi trauma bagi para pelajar dan ibu bapa. Mana lah tidaknya, tanpa kelulusan MQA, segala wang dan masa yang dilaburkan hanya sia-sia. Tiada majikan yang akan menerima graduan yang hadir daripada kolej atau universiti yang tiada kelulusan MQA.

Hal ini pernah terjadi kepada seorang sahabat saya. Disebabkan dia tidak mendapat tawaran daripada mana-mana IPTA, dia menerima tawaran sebuah pusat pengajian swasta yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Hampir RM 16,000 wang yang dikeluarkan untuk menampung kos pengajiannya. Pada awalnya dia tidak sedar kerana beranggapan ia hanyalah salah satu prosedur yang perlu diikuti. Pihak pengurusan berjanji akan menguruskan pinjaman daripada PTPTN atau MARA. Tetapi setelah hampir dua semesta berlalu, janji yang ditaburkan tidak juga dilaksanakan. Padahal sudah beribu-ribu ringit dikeluarkan untuk membayar kos pengajian. Setelah salah seorang ibu bapa pelajar di situ memeriksa status kolej tersebut, mereka dapati kolej tersebut tiada kelulusan MQA. Betapa kecewa pelajar-pelajar tersebut. Lebih-lebih lagi ibu bapa mereka yang banyak melabur untuk pengajian si anak.

Inilah sifat-sifat peniaga yang tidak bertanggungjawab. Kononnya berjanji jika belajar di situ, sudah pasti mendapat kerja yang bagus dengan gaji yang bagus. Konon pensyarah-pensyarahnya berkelulusan daripada universiti luar negara. Siap mendapat gelaran Prof lagi. Huh!! apa lah nak jadi..?? Mengaut keuntungan ke atas insan-insan yang terdesak.

Bagi pelajar lepasan SPM atau sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang ingin melanjutkan pengajian ke menara gading, usahlah terlampau kecewa setelah membaca cerita ini. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman. Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Masih banyak lagi IPTS diluar sana yang diiktiraf MQA. Malahan berjaya mengeluarkan graduan yang berkualiti tinggi. Antara kolej yang saya kagumi ialah Kolej Universiti Lim Kok Wing. Memang hebat!!! Infrasrukturnya yang cantik, kemudahan pembelajaran yang cukup canggih serta ruang rekreasinya yang memenuhi kehendak pelajar. Berbaloilah dengan kos pengajiannya yang cukup mahal. Penyarahnya juga hebat-hebat daripada luar negara. Tetapi apa kan daya, hajat tidak kesampaian. Saya hanya mampu ke IPTS murahan sahaja....(^,^)V


Akhir kata daripada saya, berhati-hatilah memilih kolej dan universiti. Hati-hati juga memilih kos pengajian. Jangan sampai tersilap pilih pula. :D
Tidak kiralah di mana pun kita belajar, sama ada IPTA atau IPTS, kita perlu berikan yang terbaik. Bukan nama sesebuah kolej atau sudah berapa tahun kolej itu wujud, yang menentukan masa depan kita. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Bak kata pepatah "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih".
Jika hajat untuk ke universiti atau kolej impian tidak kesampaian, jadikanlah ia sebagai satu matlamat untuk dicapai di masa akan datang. Mungkin hari ini kita belajar diploma di kolej biasa-biasa sahaja, tetapi mungkin di masa akan datang kita berjaya menyambung pengajian di universiti impian di peringkat lebih tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, berusahalah bersungguh-sungguh.

GAMBATE!!


Friday, June 4, 2010

Berlari Lah......

Kali ini aku ingin bercerita tentang sebuah lagu yang kini menjadi 'favorite' aku....dan mungkin orang lain juga...



Penyanyi: Tomok
Tajuk Lirik Lagu: Berlari

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak perlu kau menyakiti

Chorus

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti
Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu
Tak perlu kau merayu
Pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri
Tak mahu kau menyakiti

Ulang Chorus

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu
Ulang Chorus


lagu ni mmg pnuh dengan maknanya tersendiri....ia mengajar kita untuk terus mengejar impian tanpa menghiraukan orang yang tidak menghargai diri kita....tiada siapa yang boleh menjadi penghalang untuk kita terus berusaha....tidak kira lah 'awek ke...'pakwe ke....'scandal ke...atau sesiapa saje....yang pastinya impian perlu dilaksanakan.......!!!!


GOOD LUCK IN YOUR LIFE..!!!