Saturday, October 27, 2012

Air Mata

Manusia dan air mata mmg tak boleh dipisahkan. Lebih2 lagi untk kaum hawa. Sebenarnya tak mustahil bg seorg lelaki utk mengalirkan airmata, ttp amat jarang berlaku. Selalunya org akn fikir yg air mata melambangkan kelemahan seseorg. Tetapi bg sy, airmata sbnarnya satu bnde yg sgt berharga. Tdk kira lah dlm apa situasi pun. Bagi sy sendiri sbg org yg sgt ssh utk menangis, sy merasakan tangisan hanya satu tahap utk melambangkan keperitan hati yg terluka yg tdk dpt diluahkan dgn kata2. Kenapa perlu kita menangis..? Tidakkah ia menampakkan kita lemah..?? Ya! mmg sy lemah.. sy lemah utk mengawal emosi yg kecewa dan penyesalan terhadp sesuatu bnda. Ada yg menangis kerana sahabat, kekasih, ibu bapa dan mahupun tangisan kerana Allah S.W.T. Saya sendiri ralat apabila hati diguris oleh insan yg sy syg. Tidak kira lah sahabat mahupun keluarga. 

Siapa kata org yg selalu bergelak ketawa itu.. akan sentiasa ketawa..?? Tahukah kita yg mereka ini lah yg selalu menangis secara senyap di belakang kita..?? Bukan ingin meyembunyikan kesedihan.. ttp rasa sedih dan kecewa kdg kala tdk dpt diluahkan dgn kata2. Kekecewaan yg tak dpt diluahkan utk menjaga hati seseorg dan sebuah perhubungan. Mmg nampak plastik.. tak jujur dgn hati sendiri. Tapi apakan daya, hanya itu yg mampu dilakukan utk mnjaga keakraban itu. Di sebabkan seorg sahabat.. sy menangis kerana MARAH.. sy menangis kerana hati terluka KECEWA dgn keadaan yg tdk memahi sy.. sy menangis kerana TIDAK meluahkan kepuasan hati sendiri... Kenapa tdk terus jujur..?? hanya ada satu sebab.. MENJAGA SEBUAH PERHUBUGAN... inikah dikatakan sebuah PENGORBANAN utk seorg sahabat..?? 

Org cakap kalau kita melakukan sesuatu yg baik terhdp seseorg, jgn kita berharap yg org akn melakukan benda yg sama terhdp kita sbb hati dan pemikiran org ni lain2... Sy tdk berapa setuju dgn pendapat ini.. Bg sy, sshkah utk melakukan perkara sama terhdp org itu.. maksudnya benda yg baik lah.. contohnya menepati janji dan menjaga hati seseorg.. meletakkan seseorg itu penting dlm hidup kita spt mana penting nya kita dlm hidup seseorg itu.. bukan ingin meharap yg diri kita ini sentiasa diutamakan ttp sekurg-kurg nya menunjukkan respon atau alert trhdp sesuatu dgn cepat.. adatlah manusia.. tak semua org mampu meluahkan sesuatu dgn kata2.. jd kitalah sbg insan yg dikurniakan ALLAH akal fikiran yg waras utk memikirkan nya.. rasanya tak ada lg manusia yg mati pecah kepala kerana berfikir.. senang cerita THINK BEFORE YOU ACT.. 





Tuesday, June 19, 2012

KCH : Bagaikan Keluarga

Hampir 4 kali sy mengikut team Cikgu Halim ke pertandingan. Banyak bende yg wat sy tabik 'spring' kat team ni. Dh ahli nya hebat2 belaka, hugungan rapat antara ahli juga bak keluarga. Saling menjaga dan saling prihatin antara satu sama lain. Sy tak nampak team lain serapat ini. Kebanyakkan mereka membuat hal masing2. Ahli2nya juga tidak duduk bersama ahli team yg lain. Hal ini tidak berlaku dlm team Cikgu. Semua ahli dikehendaki berada dlm kawsan yg ditetapkan dan sentiasa dlm pengawasan Cikgu. Jika ada je yang hilang, mesti ada shj yg bertanya. Ahli KCH juga sentiasa menghormati ahli yg lain. Begitu juga Cikgu. Bak kata dh mcm zaman sekolah skolah rendah pula. Tiap kali ke tandas atau ke mana shj, mereka mesti memberitahu Cikgu dahulu. Lebih kurang mcm minta kebenaran la gitu.. hehehehe..

OK... Bab makan lak.. hehehe.. jgn risau, tak bertukar topik lg ni.. Pasal makan, tak adalah satu bende yg merisaukan. Walaupun ada ahli yg menyembunyikan kekurangan duit, Cikgu sentiasa dapat meneka. Dan Cikgu juga bukanlah seorg yg kejam. Mesti akan Cikgu hulurkan sedikit wang saku kpd yg tidak mampu. Bak kata, sekilas Cikgu lihat muka anak muridnya, sudah Cikgu tahu masalah mereka... huuhuhu... hebat! mcm ada kuasa six sense lak Cikgu ni... hahahaha :D Dan mcm biasa, smua ahli akan berada satu meja ketika makan. Jika seorg pegi makan, smua kene pegi. Tiada siapa pun dibenarkan mengelak kecuali dgn sbb munasabah. Bagaikan satu tradisi, kami hanya akan pegi makan atau ke sesuatu tempat jika menerima arahan atau kebenaran dari Cikgu. Jika ada ahli baru yg baru follow kami ke pertandingan, senior2 akan memberi warning awal2 supaya sentiasa berada dlm team. Mmg kuatlah ukhuwwah antara kami. 




Cerita ni tak berakhir di sini shj. Tiap kali pertandingan, mesti ada shj senior2 lama yg datang bertandang memberi sokongan kpd team. Ada yg sempat memberi tips pun. Yang paling best, adakalanya ada senior yg datang dengan membawa makanan yg best2.. cthnya, KFC, Dunkin Donuts... huhuhu mmg beruntung lah dpt join team yg best ni.



Walaupun kami tidak mempunyai peruntukan utk menyewa bas, dh menjadi tradisi utk KCH, mana2 senior yg mempunyai kereta akan sukarela menawarkan kenderaan mereka utk mengankut ahli2 yg terlibat dlm pertandingan. Kami akan berkumpul di depan rumah Cikgu, pagi2 lagi. Tiada siapa yg berani dtg lambat. Mesti smua kne shut on time..! klu tak, tau lah apa makanan ni pagi2 tu.. tak pasal2 kne maki dgn cikgu... huhuhu :D Mcm yg slalu menjadi trademark kami, 'ini lah makanan dia, klu dh lambat' ;p Klu nk selamat. ramai2 lah berkampung di rumah cikgu utk mengelak dr lambat. Walaupun rumah Cikgu tak sebesar banglo ataupun istana, kami tetap rasa sronok. Kalau ada je pertandinagn, confirm riuh lah rumah Cikgu. Cikgu dan kak Eta, pun tak pernah melayan kami mcm org asing. Kami dilayan mcm anak sendiri walau hakikatnya Cikgu hanya ada seorg je anak, Emai. Mcm kak Zua slalu ckp, anak cikgu sorg je tp ank murid dia ramai lah... dan kami smua mmg sayang Cikgu.... akhir kata CIKGU HALIM, WE LOVE YOU !! 



Sunday, June 10, 2012

Kehidupan Pesilat KCH ; episod 2

Seperti saya katakan di post yang lepas, kehadiran saya dlm KCH tidak bermakna tanpa perlawaan drpd kawan saya Kak Zua. Jika dilihat dr perwatakannya buat pertama kali, siapa sangka si gadis cantik dan bermuka serius ini seorg pesilat kesayangan Cikgu Halim. Ke mana shj dia pergi, selalunya akan ditemani cikgu. Waktu awal perkenalan dahulu, sy sangkakan dia seorg yg sangat ssh utk didekati. Tapi bila dh knal, Ya Rabbi mulutnya ssh nk berenti bercakap. Asyik nk bergosip jer.. hahahaha. Jgn marah nyer kak ;p... Hari pertama sebgai seorg pesilat, cikgu selalu pesan, "takpe klu bwat salah, kita belajar, mmg slalu wat salah, nt boleh baiki. "... Tak pernah lagi lah stakat ni saya dimarahi atau ditengking oleh cikgu. Slalunya cikgu akan senyap dan bermuka serius utk menunjukkan yg itu adalah slah. Cikgu juga slalu memberi sokongan dan kenyakinan kpd pesilatnya utk berusaha lebih baik. Mungkin disebabkan ini juga lah kebanyakkan pesilat tak pernah putus harapan utk memperbaiki diri walaupun kalah dlm mana2 pertandingan yg disertai.

Kak Zua and Cikgu Halim


Bercakap tentang pertandingan, saya begitu kagum dgn cikgu. Tiap kali ke mana2 pertandingan, pasukan cikgu akn memberi cabaran yg sengit kpd pencabar2 yg lain. Ketangkasan pesilat KCH sering menjadi perhatian dan menjadi buah mulut pasukan lain. Sentiasa ada shj org bercerita. Siapa tak knal taiko kelas A Kak Mieza..?? Kalau tak knal tu, maknanya baru keluar hutan la tu ;p.. hehehe. Saya sendiri kaget melihat cara permainannya. Sentiasa ada shj teknik atau skill baru yg ditunjukkan di dlm gelangggang olahraga. Arahan yg cikgu berikan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan. Begitu juga pesilat lain. Contohnya Syazreen. Walaupun dia mengalami kecederaan lutut disebabkan kemalangan, dia tetap seorg pesilat yg hebat. Dia masih mampu memberi saingan sengit kpd pihak lawan. Pernah dlm satu pertandingan di UKM Bangi, beliau menang pingat emas dgn hanya mengunakan teknik tumbukan utk menjatuhkan pihak lawan. Memang tak disangka2. Pihak lawan yg melihat aksinya di gelanggang juga ada beberapa kali bertanya kpd saya "Kenapa dgn kaki dia? Cedera ke?".. hehehe.. hebat bkn..?? Mereka bkn bertanya kerana simpati tetapi kagum dgn permainannya. Dia pandai memcari peluang utk menjatuhkan pihak lawan. Kredit utk Syazreen. :D Hmm Kak Zua pula... apa yg boleh saya ceritakan di sini nya..?? Kalau org tak kenal dia, mgkin lawannya akan ckp "Ada peluang nk mng ngn budak nih " hehehe.. itu kalau dilihat keadaannya sebelum masuk gelanggang. Manakan tidak, dia lah satu2nya pesilat yg memberi reaksi yg kurg sihat sblm perlawanan. Tak faham..?? Mmg ssh nk faham. Hanya senior lama je faham. Sebelum perlawanan, kita akan sering melihatnya menempel minyak cap kapak di kepala. Bak kata bau wangi badan tu dh bertukar menjadi bau minyak cap kapak. Punya lah banyak dia sapu. Macam org sakit atau demam. Pihak lawan tgk pun cam confident nk menang. Masuk je gelanggang, di hayun je kaki! fuuuhhhh melayang bdk tu... hahahaha.. Tak adalah mcm tu jd nyer. Tp boleh dikatakan mcm tu lah situasinya. Rembatan kakinya boleh wat bahu org terkehel. Punya lah kuat. huhuhu... Ini terbukti dlm perlawan di UKM Bangi tempoh hari. Dia layangkan je kakinya tepat mengena bahu kiri budak tu. Mahunya senak bdk tu.! Tak pasal2 bahunya terseliuh. Perlawan terpaksa dihentikan serta-merta di pusingan kedua. huhuhu ;p Hebat2..! Ini lah cerita tiga serangkai yg menjadi tunjang utama KCH buat masa skarang. Tiada lg org boleh cabar.

Srikandi KCH - Tiga serangkai

HEBAT - Kak Miza, Kak Zua dan Syazreen

Saturday, June 9, 2012

Kehidupan seorang PESILAT Kelab Cikgu Halim (KCH)

"Gayung Fatani pantang dicabar, kalau dicabar, berani mati"

Itulah trademark laungan suara yang sering dilaungkan oleh warga pesilat KCH yang lebih dikenali sebagai Kelab Cikgu Halim. Siapa yg tak kenal Cikgu Halim Hamit. Seluruh pelusuk Kg. Cheras Baru kenal siapa dia. Boleh dikatakan seluruh KL kenal dia. seorang guru yang berwibawa dan kelakar. Mungkin saya tidak mengenalinya lebih lama, tapi karakternya yang tegas tapi bersahaja, membuatkan saya terasa ingin lebih tahu siapakah gerangan lelaki ini. 

Cikgu Halim dan isteri Kak Eta



Penyertaan saya dlam dunia persilatan ini baru setahun jagung. Rutin saya sebagai seorang pesilat pun tidak sepadat kakak2 dan abang2 senior yg lain. Apa yg boleh saya katakan, sebagai seorg pesilat yang baru, rutin latihan saya hanya 2 kali seminggu. Itu pun kalau ckup dua kali. Sekali di kolej, dan sekali di Kompleks Muhibbah. Di kolej, ahlinya tidak lah ramai, tapi di Kompleks Muhibbah ahlinya terdiri dari kalangan pelajar skolah rendah dan menengah. Hampir 80 org anak murid yg perlu cikgu kendali dalam sehari. Hebat bukan..?? Mungkin hal ini tidak berlaku di gelanggang silat. Tapi bagi cikgu, its small the pieces jer..!! hahaha :)) 

Tidak ramai senior pesilat yang saya kenal. Penyertaan saya pun hanya disebabkan salah seorg classmate saya seorg taiko aka senior dlm KCH ni. Thanks to kak Zua :)) Tanpa dia, mgkin sy tak akan bercerita tntang silat pun. Latihan di kompleks tersebut selalunya diadakan pd hari Ahad pd jam 9.00pg hgga 11.00pg. Kebanyakkan ahli dihadiri oleh plajar atau remaja di bawah umur 18 thn ke bwh. Kalau ada pun yg lebih dr tu, mereka terdiri drpd senior2 silat yg masih aktif berlatih dgn cikgu. Jika nasib baik, mgkin saya boleh bertemu dgn taiko2 silat gayung fatani yg telah menjadi seorg fighter yg hebat dlm gelanggang silat sama ada dlm gelanggang seni ataupn silat olahraga. Jgn hairan jika sy katakan mereka ini terdiri drpd jejaka2 dan gadis2 yg hensem dn bergaya lg berpelajaran. Siapa kata silat boleh membantutkan pelajran ssorg..?? Tidak kira sukan apa atau pekerjaan apa pun kita buat, masa harus dibahagikan dgn saksama agar apa yg tersedia dikendong tidak keciciran. Semuanya terbukti apabila sy mengetahui kebanyakkan pesilat KCH berjaya mghabiskan pelajaran mereka di pringakat diploma mahupun ijazah. Sebagai cntoh, yg terbaru, pesilat yg sy kenali sebagai Wafi, berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau juga seorg fighter yg ckup dikenali dlm pertandingan silat SUKMA dan juga pertandingan silat lain. Itu baru seorg, tak termasuk senior2 lain yg baru sy kenal. 

Wafi - yg pling kanan


Kalau diikutkan latihan di Kompleks Muhibbah itu, hanyalah latihan tmbahan bagi pesilat2 lain sebagai pelengkap latihan utama yg mereka hadiri sama ada di sekolah masing2, kolej atau tmpat kerja. Latihan yg dijalankan lebih mgfokuskan kpd latihan seni. Cikgu akan mghabiskan masa sejam untuk melakukan stamina dan juga latihan asas skill utk silat olahraga. Selepas rehat lima minit, cikgu akan menyambung pelajaran dgn mengfokuskan kpd latihan seni mengikut level bengkung masing2. Waktu ni lah cikgu bleh brtukar dr seorg yg klakar kpd seorg yg garang. Mmg cikgu akn bertegas mengenai silat seni. Bak kata senior2 silat seni merupakan identiti gayung fatani. Jadi tak boleh nk bwat silap lah.. huhuhu ;p

Bercerita pasal KCH ni mmg tak akan habis walau saya tulis smpi seminggu pun. Banyak lagi cerita yg hendak saya kongsikan. Tapi rasanya ckup lah bwat permulaan ni. Saya selitkan sedikit gambar senior2 silat dan ragam cikgu dan ank murid nya ketika sesi pengajaran. Moga2 kita berjumpa lg di post yg lain... ;)

pesilat mndengar arahan dari cikgu