Saturday, June 9, 2012

Kehidupan seorang PESILAT Kelab Cikgu Halim (KCH)

"Gayung Fatani pantang dicabar, kalau dicabar, berani mati"

Itulah trademark laungan suara yang sering dilaungkan oleh warga pesilat KCH yang lebih dikenali sebagai Kelab Cikgu Halim. Siapa yg tak kenal Cikgu Halim Hamit. Seluruh pelusuk Kg. Cheras Baru kenal siapa dia. Boleh dikatakan seluruh KL kenal dia. seorang guru yang berwibawa dan kelakar. Mungkin saya tidak mengenalinya lebih lama, tapi karakternya yang tegas tapi bersahaja, membuatkan saya terasa ingin lebih tahu siapakah gerangan lelaki ini. 

Cikgu Halim dan isteri Kak Eta



Penyertaan saya dlam dunia persilatan ini baru setahun jagung. Rutin saya sebagai seorang pesilat pun tidak sepadat kakak2 dan abang2 senior yg lain. Apa yg boleh saya katakan, sebagai seorg pesilat yang baru, rutin latihan saya hanya 2 kali seminggu. Itu pun kalau ckup dua kali. Sekali di kolej, dan sekali di Kompleks Muhibbah. Di kolej, ahlinya tidak lah ramai, tapi di Kompleks Muhibbah ahlinya terdiri dari kalangan pelajar skolah rendah dan menengah. Hampir 80 org anak murid yg perlu cikgu kendali dalam sehari. Hebat bukan..?? Mungkin hal ini tidak berlaku di gelanggang silat. Tapi bagi cikgu, its small the pieces jer..!! hahaha :)) 

Tidak ramai senior pesilat yang saya kenal. Penyertaan saya pun hanya disebabkan salah seorg classmate saya seorg taiko aka senior dlm KCH ni. Thanks to kak Zua :)) Tanpa dia, mgkin sy tak akan bercerita tntang silat pun. Latihan di kompleks tersebut selalunya diadakan pd hari Ahad pd jam 9.00pg hgga 11.00pg. Kebanyakkan ahli dihadiri oleh plajar atau remaja di bawah umur 18 thn ke bwh. Kalau ada pun yg lebih dr tu, mereka terdiri drpd senior2 silat yg masih aktif berlatih dgn cikgu. Jika nasib baik, mgkin saya boleh bertemu dgn taiko2 silat gayung fatani yg telah menjadi seorg fighter yg hebat dlm gelanggang silat sama ada dlm gelanggang seni ataupn silat olahraga. Jgn hairan jika sy katakan mereka ini terdiri drpd jejaka2 dan gadis2 yg hensem dn bergaya lg berpelajaran. Siapa kata silat boleh membantutkan pelajran ssorg..?? Tidak kira sukan apa atau pekerjaan apa pun kita buat, masa harus dibahagikan dgn saksama agar apa yg tersedia dikendong tidak keciciran. Semuanya terbukti apabila sy mengetahui kebanyakkan pesilat KCH berjaya mghabiskan pelajaran mereka di pringakat diploma mahupun ijazah. Sebagai cntoh, yg terbaru, pesilat yg sy kenali sebagai Wafi, berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau juga seorg fighter yg ckup dikenali dlm pertandingan silat SUKMA dan juga pertandingan silat lain. Itu baru seorg, tak termasuk senior2 lain yg baru sy kenal. 

Wafi - yg pling kanan


Kalau diikutkan latihan di Kompleks Muhibbah itu, hanyalah latihan tmbahan bagi pesilat2 lain sebagai pelengkap latihan utama yg mereka hadiri sama ada di sekolah masing2, kolej atau tmpat kerja. Latihan yg dijalankan lebih mgfokuskan kpd latihan seni. Cikgu akan mghabiskan masa sejam untuk melakukan stamina dan juga latihan asas skill utk silat olahraga. Selepas rehat lima minit, cikgu akan menyambung pelajaran dgn mengfokuskan kpd latihan seni mengikut level bengkung masing2. Waktu ni lah cikgu bleh brtukar dr seorg yg klakar kpd seorg yg garang. Mmg cikgu akn bertegas mengenai silat seni. Bak kata senior2 silat seni merupakan identiti gayung fatani. Jadi tak boleh nk bwat silap lah.. huhuhu ;p

Bercerita pasal KCH ni mmg tak akan habis walau saya tulis smpi seminggu pun. Banyak lagi cerita yg hendak saya kongsikan. Tapi rasanya ckup lah bwat permulaan ni. Saya selitkan sedikit gambar senior2 silat dan ragam cikgu dan ank murid nya ketika sesi pengajaran. Moga2 kita berjumpa lg di post yg lain... ;)

pesilat mndengar arahan dari cikgu


No comments:

Post a Comment